Sunday, 27 July 2014

~ ABANG, HADIRMU..TIKA SYAWAL MENJELANG ~

~ Abang, Hadirmu..Tika Syawal Menjelang ~

Abang
di awal perkenalan kita..adik hanya pendengar
mengikuti setiap tutur bicaramu tika berkonti
sentiasa mengikuti dirimu di alam maya
dan tidak pernah sekalipun tanpa satu
hari, adik menegurmu

Abang
setelah sekian lama adik menjadi rakan laman
terdetik satu ketika di hati adik ingin bicara
bertanyakan khabar, namun ketika itu
adik kelu seribu bahasa, tidak tahu
di mana mulanya

Abang
kemudian adik cuba mendekati dirimu secara
perlahan-lahan, dengan hanya menulis kata
salam perkenalan abang Zek Husin Djmfm
dan salam adik bersambut, dalam malu
hanya ringkas bicaramu abang

Abang
saat itulah, adik mulai jatuh hati pada abang
tapi adik malu untuk mencurah isi hati ini
takut tidak diterima..lalu adik pendamkan
kerana di ketika itu abang seorang pendiam
dan low profile

Abang
sejak dari itu, adik mulai menjejak, mengikuti
radio mahligai fm sentiasa berkumandang
dan adik akan mendengarnya bila suara
abang kedengaran sayup, tika berdeejay
makin kuat desahan hati adik





Abang
sehinggalah waktu itu, adik mencoret kata
di wall mahligai..ingin mengeratkan silaturrahim
kekeluargaan dengan abang dan kak Qasehku Aishah
kak Nora Nur, kak Jariah, kak Azizaton..dan alhamdulillah
diterima dengan gembiranya

Abang
di saat itu adiklah orang yang cukup gembira
kian hari kita semua di mahligai fm semakin
rapat diatas ukhuwah kekeluargaan bahagia
dan adik sentiasa ada di situ tika abang atau
kak Qasehku Aishah berkeudara

Abang
hinggalah tibanya, abg melamar adik berdeejay
di radio mahligai fm..bagaikan satu mimpi
impian adik tercapai seketika..
namun impian terlebur jua, hancur musnah
luluh hati adik..dilema di dua persimpangan

Abang
kepadamu, adik memohon ribuan ampun dan maaf
tidak sekali di hati adik mencoret luka, menguris
hati dan perasaan abang..
adik faham prosidur tetap mahligai fm
tidak dibenarkan berdeejay di tempat lain

Abang
maafkan adik..dengan setulus, seikhlasnya hati adik
masih merasa bersalah..adik tahu adik telah coret
kelukaan, kesedihan di hati abang
dan adik mengerti hanya mengucap ampun maaf
tidak mungkin dapat menyembuh hati abg

Abang
pinta adik..
izinkanlah adik terus mengisi sisa-sisa hidup adik
bersama abang dan mahligai fm
adik ingin berada di sisi mahligai fm, biarpun
hanya sebagai rakan di mahligai fm

Abang
bukan simpati yang adik nak ataupun mencari
tapi cukuplah adik ada..menemani abang
dan ada satu permintaan adik terakhir
izinkan adik berjumpa dengan abang
walau hanya sekejap..kerana adik
ingin menatap wajah abang
wajah seorang abang yang
adik sayang dan yang adik hormati

Abang
sampai sini saja ungkapan puisi adik
buat abang Zek Husin Djmfm
akhir kata salam kemaafan
salam sayang dari adik cahaya syahadah..

‘Abang, Hadirmu..Tika Menjelang Syawal’…satu anugerah buat adik..

27hb Julai 2014 Ahad
7.08pm
cs<3<3

No comments:

Post a Comment